13 Tips Berkesan Melatih Minda Sentiasa Berfikiran Positif


Tidak mudah untuk sentiada berfikiran positif. Lebih-lebih lagi apabila kita berhadapan dengan masalah.

Walaupun begitu, jika kita berlatih untuk sentiasa berfikiran positif ketika menghadapi keadaan yang sukar, lambat laun kita akan melihat sesuatu yang sukat itu menjadi mudah. 

Jadi, anda perlu lakukan latihan untuk sentiasa di dalam fikiran minda positif. Cuba berlatih dengan 13 tips di bawah dan lihat perubahannya.

13 Tips Berkesan Melatih Minda Sentiasa Berfikiran Positif


1. Sentiasa positif


Cuba menunjukkan emosi dan berfikiran positif terhadap diri sendiri dan orang lain walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

2. Buang fikiran negatif.


Fikiran negatif seakan kanser. Bila dibiarkan, diri kita akan semakin negatif dan lemah. Sentiasa lawan dan buangkan jauh-jauh fikiran negatif dengan bersangka baik dan bersemangat.

3. Terbalikan minda negatif kepada positif.


Jika berlaku kekecewaan atau kesukaran, cepat-cepat berubah kepada keadaan positif.

4. Sebukkan diri dengan aktiviti positif


Sentiasa libatkan diri kita dengan aktiviti positif seperti bersukan, beriadah, sukarelawan dan sebagainya. Ini akan menyebabkan anda lupa tentang perkara negatif itu. 

5. Yakin diri anda memang positif


Hanya dengar kata diri sendiri dan lupakan kata-kata negatif dari orang lain.

6. Berkawan dengan positif.


Pastikan sahabat atau orang yang anda kerap jumpa adalah orang yang positif sahaja. Mereka ini akan sentiasa membimbing anda kembali kepada keadaan positif.




7. Jauhi orang negatif


Sentiasa ingat untuk elakan diri dari bercampur dengan mereka yang sentiasa berfikiran negatif.

8. Berkata positif setiap hari


Biasakan diri berkata-kata positif dengan diri sendiri dan orang lain. Lama kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari diri anda.

9. Berikan pujian


Sentiasa berikan pujian pada diri sendiri dan orang lain setelah melakukan apa-apa yang positif walaupun kecil seperti membantu orang atau selesaikan sesuatu tugas.

10. Lakukan aktiviti baru


Cuba lakukan perkara-perkara baru atau dengan cara yang berbeza seperti makan di restoran yang berbeza, makan makanan yang berbeza, ubah cara kita berpakaian, mula membaca buku baru ataupun, mulakan hobi. Ia akan membantu kita menjadi lebih kreatif dan lebih bersemangat .

11. Selalu ikuti kisah kejayaan


Membaca kisah-kisah mereka yang berjaya menghadapi kesukaran dan berjaya dalam kehidupan akan memberi kesan positif kepada diri anda.

12. Fokus pada matlamat


Tetapkan matlamat dan cari cara untuk mencapai matlamat tersebut. Berikan ganjaran di atas setiap pencapaian.  Walaupun kecil pencapaian itu, ia akan memberi anda keyakinan dan lebih bersemangat untuk kekal positif.



13. Yakini Tuhan Sentiasa Membantu Anda


Sentiasa dekatkan diri pada Tuhan dengan melakukan solat yang sempurna dan amal ibadah yang lain. Keyakinan yang tinggi pada Allah akan membuatkan sesorang itu sangat positif dan kuat menghadapi apa jua kesukaran.

Apa komen anda dengan tips minda positif ini? Kongsikan artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak lagi tips dan perkongsian untuk anda.

Post a Comment

0 Comments