5 Petua Cantik Yang Mudah Dengan Bahan Natural & Selamat!

Pada zaman sekarang ni, memang banyak produk kecantikan yang boleh dicuba di pasaran. Ada pelbagai jenis jenama dari pelbagai tempat samada dari luar atau dalam negeri boleh didapati. Tetapi sekiranya anda mahukan petua cantik yang mudah dengan bahan natural & selamat, ini dia!


Kadang kala menggunakan petua cantik yang mudah dengan bahan natural & selamat ni lebih baik dan menjimatkan. Ini juga boleh memastikan anda jauh dari kesan bahan kimia yang merbahaya kepada diri.

Jom kita ikuti petua cantik tradisional di bawah ini yang mudah disediakan dan senang untuk digunakan. Cubalah!


 5 Petua Cantik Yang Mudah Dengan Bahan Natural & Selamat!


1. Lemon



Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. 

Gosok dan ratakan dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan seminggu sekali untuk mendapatkan kulit dan wajah yang bersih-seri.


2. Madu



Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. 

Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali. Ini akan menaikkan kejelitaan semulajadi yang menawan pada wajah anda.


3. Kunyit


Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas sehingga menjadi pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. 

Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulanginya dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.


4. Serbuk Penaik


Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan kemudian sapukan pes secara menyeluruh pada kulit wajah. 

Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam. Kemudian keringkan dengan tuala. Baik untuk di amalkan dua atau tiga kali seminggu.


5. Timun


Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman. Kemudian cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

InsyaAllah wajah anda akan lebih berseri dan cantik hasil petua cantik yang mudah dan selamat ini.

Apa kata anda dengan petua cantik ni? Kongsikan artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Ikuti kami di Facebook untuk lebih banyak tips kesihatan menarik.

Post a Comment

0 Comments