Alamak, Payudara Dah Kendur? 7 Sebab Ini Boleh Berlaku Kepada Anda


Payudara yang kencang, montok dan tegang kerapkalinya datang dalam pakej tubuh yang seksi. Bukan cakap kosong, tapi untuk mendapatkan kesan ini, bukan semudah ABC. Apa lagi kalau anda terus buat 7 kebiasaan di bawah, maka jangan hairan kalau ia makin kecil, lembik dan mengendur bagaikan makcik tua.

Ingat, pakai push-up bra tu cuma penyelesaian sementara. Eh, seganlah nanti kalau buka depan suami.


POSTUR TUBUH TIDAK IDEAL

Boleh mempengaruhi bentuk payudara jika anda duduk terlalu lama, berdiri atau berjalan dengan posisi bahu membongkok. Payudara akan cenderung mengendur. Sebaiknya, jaga postur tubuh yang ideal baik ketika duduk atau berdiri.


Cara yang betul, berdiri atau duduk dengan posisi punggung yang tegak. Otot-otot di sekitar payudara akan mengencang. Boleh juga amalkan yoga atau senaman postur.

KURANG BERSENAM

Kurang bersenam juga boleh menjadi punca payudara kendur. Ini kerana otot-otot kecil di sekitar dada tidak pernah dilatih kerana kurang bersenam. Bagi mengembalikan kebugaran payudara, rajinkanlah untuk bersenam khususnya gerakan yang membantu anda melatih otot dada seperti latihan angkat beban dan push-up.


BERSENAM BERLEBIHAN

Jika terlalu berlebihan pun boleh mengakibatkan payudara kendur! Apalagi jika bersenam tanpa memakai bra khas untuk senaman iaitu sport bra. Fungsinya menyokong payudara daripada gerakan yang terlalu cepat. Aktiviti seperti berjoging dan bola jaring akan membuatkan payudara berayun dalam kecepatan yang tinggi.

Ia berisiko merosakkan kolagen dalam payudara. Maka, selalulah memakai bra khas sebelum beraktiviti.  

SALAH PILIH BRA

Kesihatan dan kekencangan payudara bergantung kepada pilihan bra yang tepat setiap hari. Pilihlah bra yang ukurannya sesuai dengan bentuk payudara anda. Jika bra longgar, payudara tidak akan disokong dengan baik kerana payudara tiada otot-otot khusus yang dapat membantunya kekal kencang.

Kulit yang dipaksa untuk bekerja terlalu berat bagi menahan berat payudara dan akhirnya kehilangan kekenyalan.

MEROKOK

Rokok ialah salah satu musuh terbesar payudara. Kebiasaan merokok boleh mempengaruhi bentuk payudara tanpa anda sedari. Racun seperti nikotin boleh menghancurkan kolagen dalam kulit. Jumlah kolagen dalam tubuh wanita pula lebih sedikit berbanding lelaki.

Merokok juga mengganggu kelancaran aliran darah ke permukaan kulit. Akibatnya, payudara mengalami penuaan awal dan cepat mengendur.


KETAGIH ALKOHOL

Terlalu kerap atau ketagihan alkohol boleh merosakkan kolagen. Payudara juga cepat mengendur dan kulit di sekitarnya kusam. Perhatikan kadar alkohol yang diambil untuk mencegah payudara yang menua sebelum waktunya.


BERAT BADAN TURUN NAIK

Waspada jika berat badan anda tidak stabil. Kulit sekitar payudara akan meregang mengikut bentuk tubuh jika berat anda naik. Jika berat turun, kulit memerlukan masa yang panjang untuk kencang kembali. Jika sebelum kulit mengencang, berat anda kembali bertambah kulit akan kendur kerana terlalu kerap meregang.

Sebaiknya, amalkan pemakanan seimbang agar berat badan serta payudara kekal ideal dan kencang. 

Post a Comment

0 Comments