Berapa Kalori Anda Perlu Untuk Diri Anda?

Ramai sebenarnya tak berapa tahu kiraan kalori atau tenaga yang diperlukan seharian mengikut keperluan badan masing-masing. Di sini kita bincangkan berapa kalori anda perlu untuk diri anda seharian.

Berat badan setuiap individu adalah bergantung kepada pengambilan dan pengeluaran kalori. Keperluan kalori harian pula bergantung kepada kegiatan fizikal, jantina, umur dan berat badan. 

Secara kasar, seseorang dewasa memerlukan 25 kalori bagi setiap kilogram berat badan mereka mengikut kiraan BMI normal. Ini bagi mereka yang gaya hidupnya tidak terlalu aktif dan hanya melakukan aktiviti fizikal secara sederhana aktif.



Untuk mengurangkan berat badan, seseorang perlu mengurangkan pengambilan kalori di bawah keperluan harian. 

Kebiasaannya, mengurangkan 500 kalori dari pengambilan seharian akan membawa kekurangan berat badan sebanyak sekurang-kurangnya 1 kilogram seminggu. 

Walau bagaimanpun, adalah tidak digalakkan untuk mengurangkan pengambilan kalori yang kurang dari 1000 kalori setiap hari kecuali di bawah pengawasan doktor atau pegawai dietetik. 



Hal ini kerana pengambilan kalori yang terlalu rendah tidak dapat membekalkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari.

Keperluan kalori setiap hari :


Jadi sekarang kenali diri anda memgikut tahap aktiviti seharian anda dan darabkan kalori bagi setiap kilogram badan anda. Jumlah itu adalah keperluan kalori anda setiap hari.

Jom kongsikan artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Ikuti kami di Facebook untuk lebih banyak tips kesihatan menarik

Post a Comment

0 Comments