6 Kesan Apabila Anda Buat Senaman Lompat Tali Setiap Hari


Bagi mereka yang mahu melakukan senaman tetapi tidak mempunyai banyak masa, senaman lompat tali ini memang sesuai untuk anda. Hanya dengan 5 minit setiap hari, anda akan dapat banyak kelebihan.  

Dr Muhamad Harif Hussin ada penerangan tentang 6 kelebihan melakukan senaman lompat tali setiap hari. Jom baca dan lakukannya mulai sekarang.

Siapa yang rajin bersenam cara lompat tali atau jump rope?

Saya rajin juga buat senaman ini. Hampir setiap hari. Jump rope ini antara senaman yang hebat untuk tubuh badan kita. Setiap kali lepas buat treatment pada patient, saya pesan amalkan senaman ini. Terutama yang ada masalah tulang belakang dan bahagian kaki.


Apa yang bagusnya bila kita buat jump rope ini?

Saya nak kongsikan 6 kebaikan bila kita buat jump rope secara istiqamah setiap hari. 


6 Kesan Apabila Anda Buat Senaman Lompat Tali Setiap Hari

1. Pembakar Lemak Yang Mantap

Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 1.6 km selama 8 minit.


2. Koordinasi Langkah Kaki Bertambah Baik

Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus.Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa. 

3. Mengurangkan Kecederaan Kaki Dan Pergelangan Kaki

Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.



4. Posture Badan Bertambah Baik

Kalian yang selalu di depan komputer, ini dapat menyebabkan posture kalian menjadi bongkok.Semasa buat jump rope, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada. 

5. Tulang Bertambah Padu Dan Otot Semakin Kuat

Jump rope ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.



6. Boleh Buat Di Mana Sahaja

Dan yang pastinya, buat jump rope ini memang fun dan enjoy. Kalian boleh buat di mana sahaja.Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope. Saya suka tengok budak kecik. Suka berlari dan melompat-lompat. Itulah yang buat mereka enjoy dan sihat walafiat.


Jom kita buat jump rope. Tak perlu lama-lama. 5 minit pun cukup dah. Setiap 1 minit buat rope jump, kita rehat 15 saat. Ulang 5 kali.

Have fun and enjoy. Selamat berlompat tali! Muhamad Harif Hussin, Saya doakan kalian bertambah sihat, bahagia dan flawless. Aamiin. 

Sumber: Muhamad Harif Hussin


Post a Comment

0 Comments