Rahsia Ifa Raziah Kurus Tanpa Senaman, Berat Susut Dari 71kg Kepada 59kg Dalam Masa Dua Bulan!


Sebagai artis, menjaga rupa paras dan badan sudah menjadi kewajipan. Tidak terlepas kepada pelakon dan pengacara Ifa Raziah, Beliau mengamalkan sejenis diet untuk turun sebanyak 12kg dalam masa 2 bulan.

Jom kita ikuti perkongsia rahsia diet Ifa Raziah ini.

"Saya memang mahu mendapatkan badan yang lebih langsing kerana selalu dikecam apabila mempunyai bentuk badan agak berisi. Malah, tidak saya nafikan, tawaran kerja seni untuk saya juga kurang apabila bertubuh gempal.



"Jika betul saya melakukan pembedahan seperti dianggap sesetengah orang, barangkali saya sudah terlantar di hospital ketika ini. Hakikatnya, saya memang mengamalkan diet berasaskan apa saja air yang tidak bergula.

"Saya juga menolak untuk mengambil makanan. Kalau nak makan sekalipun, hanya sup atau apa saja masakan berasaskan haiwan laut, terutamanya ketam," katanya.

Ifa bukan sahaja lebih langsing, apabila berat badannya menyusut daripada 71 kg kepada 59 kg, malah kulitnya juga seperti lebih gebu dan menarik.

Dedah Ifa, jika dirinya berasa sangat lapar, beliau juga akan memakan telur rebus sehingga 10 biji sehari.



"Sepuluh biji telur rebus itu saya agihkan untuk makanan waktu pagi, tengah hari dan malam. Ketika saya mula-mula amalkan diet ini, tidak dinafikan memang otak kurang fokus. Saya tidak boleh berfikir dengan betul sebab tak makan.

"Lama kelamaan, ia jadi biasa. Sampai sekarang, tengok makanan pun saya naik takut," katanya yang turut mengamalkan meminum 3 liter air putih sehari.

Walau bagaimanapun Ifa Raziah tidak menyarankan sesiapa mengikuti dietnya itu kecuali memiliki kekuatan mental yang tinggi.



"Memang hati kena kental kalau nak cuba diet sebegini. Mental dan fizikal kena seiring. Orang hati kering saja barangkali boleh amalkan diet ini. Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan dan akan menyambung amalan diet terbabit selama empat bulan lagi.

Beliau juga pernah melakukan banyak jenis diet tetapi banyak yang tidak membuahkan hasil.

"Saya sendiri tidak menyangka diet ini membuahkan hasil. Bayangkan, selama ini saya menari zumba dan makan makanan sihat, namun tetap tak menjadi. Malah, saya juga pernah menyuntik hormon, tetapi tetap tidak berhasil," katanya.

Apa kata anda dengan diet Ifa Raziah tadi? Jom kongsikan artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Ikuti kami di Facebook untuk lebih banyak tips kesihatan menarik

Post a Comment

0 Comments