Sandwich Sihat & Mudah Dengan Ikan Dory

 


Kalau anda yang nak berdiet tu boleh cuba Sandwich Ikan Dory ni. Sihat dan mudah dibuat.


Menu dari Nusantara atau masakan Indonesia ni memang mudah disediakan. Memang sesuai buat mereka yang berminat makanan berkalori rendah. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara menyediakannya.


Bahan-bahan diperlukan:

2 keping roti jagung

5 keping salad yg digemari - saya suka baby butterhead

1 sudu besar hot dog relish- saya gemar jenama HEINZ

1 keping ikan dory frozen - lebih kurang saiz roti

1 st minyak zaitun

2 titik kicap cair


Cara menyediakan dan memasak:

panaskan minyak zaitun dalam kuali xlekat dan masak ikan sampai garing sikit

ikan, salad dan kemudian tuangkan relish tu kat atas roti

sedap dimakan ketika panas 


sumber:myresipi

Post a Comment

0 Comments