15 Tip Diet Sihat Dr Hamid Arshat Untuk Kurus Dan Maintain Slim


Bagi mereka yang mengalami berat badan berlebihan, mencari cara menurunkan berat badan memang mencabar. Lebih-lebih lagi menjaga pemakanan dan diet yang betul. Ada juga yang berjaya turun sedikit tetapi kebanyakkan mereka akan naik semula ke berat asal dan kembali semula lebih berat atau obes. 

Bagaimana nak menangani masalah penurunan berat badan yang tak konsisten ini?

Dr Hamid Arshat ada jawapannya.

Jom kita faham dan amalkan perkongsian dari Dr Hamid Arshat mengenai panduan kuruskan badan dengan cara yang sihat dan selamat.  Semoga kita sama-sama dapat mengamalkan panduan yang berguna ini..


15 Tip Diet Sihat Dr Hamid Arshat Untuk Kurus Dan Maintain Slim  

Pengalaman saya merawat pesakit2 yang gemuk/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ke tahap asal atau melebihinya.

Saya beri ubat adipex (duramin dll) yang berkesan mengawal selera dan pil tersebut perlu dimakan waktu sarapan pagi. Penting dan perlu diingat ubat2 seperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Lebih penting lagi ialah mengubah cara gaya hidup khususnya tabiat makan.

Saya nasihatkan mereka tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbohidrat saperti nasi, roti, mee, kuih2, donut, biskut dan makanan junk. Saya juga tekankan tentang exercise, berjalan kaki, atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.

Cuba amalkan panduan2 ini.


1. Habiskan makan selama 20 minit. Kunyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.


2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikan berat badan.


3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap, suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber, vitamin dan antioksidan serta kurang kalori yang menggemukkan.



4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia boleh mengenyangkan tanpa menggemukkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.


5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan ‘whole grain’ wheat. oat, barley dan brown rice.


6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.



7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi gula dan manisan.


8. Minum teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.


9. Makan di rumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.


10. Amalkan ‘berhenti rehat seketika waktu tengah makan’. Masa itu ia akan berasa kenyang.



11. Amalkan kunyah ‘chewing gum’ ketika menonton TV atau ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit di hadapan orang lain tetapi di belakang, atau senyap2 ia ulang makan.


12. Gunakan pinggan kecil (10′) menggantikan pinggan besar (12′) untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.


13. Bila makan di restoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.



14. Bila rasa lapar dan menggeletar atau ‘craving’, makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemuk sering ketagih atau ‘craving’ makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketagih jauhkan segala makanan manis dan karbohidrat.


15. Berjalan 30 minit sejauh 2-3 km, atau cabut rumput rumpai di halaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Apa komen anda dengan tips diet sihat dari Dr Hamid Arshat ini? Kongsikan artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

Follow kami di Facebook untuk lebih banyak lagi tips dan perkongsian untuk anda.

Sumber:  Dr Hamid Arshat

Post a Comment

0 Comments