Bagaimana Menjaga Jantung Kesayangan Anda?


Setiap organ dalam badan mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam menjalankan fungsi dan peranan masing-masing. Dan jantung adalah antara organ yang paling berharga dalam badan kita. Bagi memastikan jantung kini sentiasa sihat, anda perlu memastikan 6 perkara di bawah dilakukan dengan teratur.

Secara umum, pengambilan diet yang sihat, pengawalan berat badan dan kerap melakukan aktiviti fizikal secara teratur adalah antara cara yang baik untuk menjaga kesihatan jantung. Jom kita teliti bagaimana menjaga jantung kesayangan anda di bawah.

Tips Bagaimana Menjaga Jantung Kesayangan Anda?


1. Sentiasa Aktif



Antara perkara yang perlu dilakukan ialah memastikan diri anda sentiasa aktif secara fizikal. Berjongging atau melakukan senaman aktif adalah bagus untuk jantung. Jika tidak, hanya berjalan di sekitar kawasan perumahan atau taman, selama 30 minit boleh membantu mengekalkan jantung aktif. 

Lakukan sebarang senaman secara berkumpulan seperti tarian zumba, senaman aerobik, berjalan di taman rekriasi atau hiking bersama rakan-rakan. Ini akan membantu anda supaya lebih bersemangat dan cergas.


2. Elakkan Merokok


Merokok sudah tentu tidak baik untuk jantung dan kesihatan badan anda. Bayangkan asap rokok yang mengandungi banyak bahan kimia itu memasuki badan anda, adakah anda akan menjadi semakin sihat?

Merokok bukan sahaja merorakkan jantung tetapi paru-paru anda juga. Tabiat ini merupakan antara tabiat yang boleh mengancam kesihatan dan ia berisiko untuk menyebabkan masalah kesihatan serius pada paru-paru anda. 

Ia juga boleh merosakkan arteri dan mengancam jantung anda. Jadi cubalah berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok kerana kesan merokok sangat membahayakan jantung anda. 


3. Mengawal Berat Badan


Berat yang berlebihan akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit strok, penyakit jantung, diabetes, dan tekanan darah tinggi. Jika semakin teruk, jantung anda akan semakin lemah akibat tekanan kepada jantung,

Ubahlah gaya hidup anda kepada pemakanan yang lebih sihat. Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah untuk mengawal atau mengurangkan berat badan.


4. Pemakanan Seimbang


Pengambilan pemakanan yang seimbang amat penting untuk jantung anda. Ini akan mengelakkan  saluran darah tersumbat dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Ini juga akan mengelakkan anda dari mendapat penyakit darah tinggi, kencing manis

Perbanyakan makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin berfiber dan produk tenusu tanpa lemak. Dapatkan bantuan daripada doktor peribadi anda atau pakar pemakanan untuk panduan pemakanan seimbang.


5. Kenalpasti Sejarah Keluarga Anda


Sekiranya keluarga anda memiliki sejarah penyakit jantung, anda juga sebenarnya mungkin menghadapi risiko mengalami masalah kesihatan yang sama. Lakukan pemeriksaan kesihatan berjadual dengan doktor perubatan anda untuk memastikan risiko anda terkawal. 

Jika anda memiliki ciri dibawah, anda mungkin memiliki risiko tinggi mengalami penyakit jantung :

  1. Individu wanita berusia 55 tahun ke atas
  2. Individu lelaki berusia 45 tahun ke atas
  3. Mempunyai sejarah sama ada abang atau ayah yang mengalami masalah jantung sebelum usia 55 tahun
  4. Mempunyai sejarah sama ada kakak atau ibu yang mengalami masalah jantung sebelum usia 65 tahun

Penjagaan pemakaan seimbang dan gaya hidup sihat akan membantu mengurangkan risiko-risiko di atas.


6. Sentiasa Tenang & Gembira


Tekanan sememangnya akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Emosi negatif seperti rasa marah, cemas, panik dan sebagainya boleh menyebabkan peningkatan dalam tekanan darah. 

Kajian menyatakan individu yang berdepan dengan isu kemurungan adalah 4 kali lebih berisiko untuk mengalami masalah serangan jantung. 

Menjadi individu yang tenang dan gembira adalah antara tip untuk menjadikan jantung lebih sihat. Sentiasa menjaga solat dan perhubungan dengan Tuhan dan keluarga supaya anda lebih tenteram dan ceria.

Anda juga boleh merujuk doktor atau pakar saunseling sekiranya anda mengalami masalah tekanan atau kemurungan yang serius. Kenalpasti punca tekanan dan selesaikan permasalah dengan cepat untuk mengelakkan masalah tekanan yang lebih teruk dan membahayakan diri.

Kongsikan artikel ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Ikuti kami di Facebook untuk lebih banyak tips kesihatan menarik.


Azra Wellness tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. Mana-mana maklumat perubatan yang diterbitkan di laman web ini tidak bertujuan sebagai pengganti untuk nasihat pakar perubatan.  Berunding dengan doktor kesihatan anda untuk nasihat perubatan dan rawatan sewajarnya.


Post a Comment

0 Comments